Piala Bola Sepak Harmoni 2017

Piala Bola Sepak Harmoni 2017 yang julung kali diadakan merupakan inisiatif Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Tamil Foundation dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST).

Objektif kejohanan ini adalah untuk membantu membina persahabatan dalam kalangan belia daripada masyarakat etnik yang berbeza dan untuk menggalakkan interaksi dan persefahaman yang lebih baik antara mereka melalui permainan yang paling popular di Malaysia iaitu bola sepak.

Negeri Sembilan muncul juara menewaskan Selangor 3-1 dalam perlawanan akhir pada Ahad, 19 Mac 2017 di Padang USIM, Nilai. Piala kejohanan disampaikan oleh Datuk Santokh Singh, Penaung Kehormat kejohanan.

Info lanjut: http://bit.ly/2olSZKY | http://bit.ly/2oroPoX