Bagi peminat Muharikah The Comics, Komik Dr Muharikah HO telah dilancarkan di Booth Hijrah Indie pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL) pada 8 Mei 2016 yang lalu, yang merupakan kesinambungan kepada komik pertamanya.

Jika komik yang pertama mengisahkan bagaimana Muharikah berjuang ketika beliau belajar dan melibatkan diri dengan usrah, komik kedua ini pasti menghidangkan situasi yang berbeza buat pembaca. Komik Dr Muharikah HO ini membawa anda menyelami kisah kehidupan Muharikah sebagai seorang doktor pelatih.

Muharikah The Comics lancar siri baru