Teaser Konvensyen Maqasid Syariah 2015 (KMS 2015)

‘Teaser’ program Konvensyen Maqasid Syariah anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang diadakan pada Ahad, 25 Oktober 2015 di Ideal Convention Centre, Shah Alam, Selangor mengundang tokoh-tokoh terkenal antarabangsa dan tempatan berucap dan membentangkan kertas kerjanya. Antaranya adalah Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin Antarabangsa Dr Ibrahim Munir, Pengasas En Nahda Movement Tunisia Dr Rachid Ghannouchi, mantan Presiden PKS Indonesia Ustaz Muhammad Anis Matta dan Presiden IKRAM sendiri Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.