Tarikh : 22 Mei 2015
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Pejabat Kedutaan Mesir di Jalan Ampang, KL

Kira-kira 300 anggota Badan bukan kerajaan (NGO) dan gabungan parti politik telah berhimpun secara aman pada Jumaat pada 22 Mei lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi membantah hukuman bunuh ke atas Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamed Morsi, Dr Yusuf al-Qaradhawi dan lebih 100 tahanan yang lain.

Himpunan bantahan tersebut disertai NGO Pertubuhan IKRAM
Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) serta parti politik PAS, PKR dan DAP.

Selain itu, turut sertai himpunan ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pro-Mahasiswa, Jingga 13, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Malaysians4Egypt (M4E), Panglima Malaysia dan Pertubuhan Pemuda Malaysia (GEMA).

“Bebas Morsi!” di Kedutaan Mesir