Dialog Santai IKRAM – Media

Majlis Hi-Tea IKRAM bersama Media
24 Mac 2015 (Selasa)
2.30 petang – 5.00 petang
Kelab Darul Ehsan, Ampang

Tujuan utama Majlis Hi-Tea ini adalah bagi merakamkan penghargaan Pertubuhan IKRAM Malaysia kepada organisasi media atas kerjasama yang telah diberikan.

Ia juga adalah untuk memperkenalkan IKRAM dan pimpinan IKRAM kepada media luar bagi mewara-warakan penglibatan IKRAM yang berkaitan dengan fokus kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan kepada masyarakat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara rahmah.